MATLAMAT PROGRAM HAL
EHWAL MURID
Membantu
dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai
individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran
kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan
menyuburkan potensi kepimpinan.
OBJEKTIF
- Memahami konsep dan
peranan setiap bidang tugas Pengurusan Hal-Ehwal Murid.
- Menghasilkan satu
program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.
- Menyediakan dan
memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.
UNIT-UNIT DI BAWAH HAL
EHWAL MURID
SEMUA
UNIT BERGERAK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI MASING-MASING:-
1)
UNIT DISIPLIN
& PENGAWAS
Objektif : Mengurangkan
jumlah kes-kes salahlaku.
2)
UNIT KESELAMATAN & KECEMASAN
Objektif : Mewujudkan kesedaran di kalangan
murid-murid dan warga sekolah
tentang
aspek keselamatan diri dan harta benda sekolah.
3)
UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
Objektif : Menyelaras hal-hal pengeluaran,
pengambilan dan hapuskira buku teks.
4)
UNIT KEBAJIKAN MURID
Objektif : Menyediakan keperluan yang sesuai
kepada murid yang menghadadi masalah atau memohon bantuan-bantuan bagi yang
layak.
DASAR PENGURUSAN
HAL-EHWAL MURID SK KAMPUNG TANJONG TUANG
DASAR 1 : TENAGA
PENGAJAR
1.1 Semua guru sekolah ini adalah merupakan
ibu bapa kedua kepada semua murid.
1.2 Sentiasa meletakkan kepantingan dan
kebajikan murid dalam semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat.
1.3 Semua guru perlu melayan semua murid
dengan adil, saksama, bertimbang rasa dan kasih sayang.
DASAR 2 : KEMASUKAN
MURID
2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari
pelbagai kaum tanpa sekatan.
2.2 Setiap murid akan didaftarkan ke dalam
buku Rekod Pendaftaran dan ke dalam APDM.
2.3 Setiap murid akan ditempatkan di
kelas-kelas mengikut tahun yang sepetutnya.
2.4 Setiap murid diwajibkan memiliki buku
‘Peraturan Sekolah’ pada setiap masa.
DASAR 3 : DISIPLIN
MURID
3.1 Murid yang sering melanggar peraturan
sekolah akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
3.2 Ibu bapa atau penjaga murid yang
dihadapkan kepada Lembaga Disiplin akan dipanggil untuk hadir ke sekolah.
3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan
“Nasihat dan Bimbingan” dalam menangani pemasalahan disiplin murid.
3.4 Ibu bapa atau penjaga kepada murid yang
tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat kepada pihak
sekolah.
3.5 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab tiga hari berturut-turut dikira ponteng sekolah.
DASAR 4 : KESELAMATAN
MURID
4.1 Keselamatan murid akan sentiasa dilindungi
sepenuhnya sepanjang mereka berada di
kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
4.2 Ibu bapa atau penjaga, yang ingin membawa
murid keluar perlu menulis nama di dalam Buku Kebenaran Keluar yang terletak di
pejabat.
4.3 Semua murid dilindungi dengan Skim
Insurans Takaful Malaysia.
DASAR 5 : KESIHATAN MURID
5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan
murid sentiasa baik melalui program -program yang dirancang seperti :-
·
Pemeriksaan
gigi dan mata
·
Pemeriksaan
Kesihatan
·
Program
RMT
·
Pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
·
Ceramah
dan kempen
5.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid
daripada ibu bapa / penjaga.
5.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat semasa berada di
sekolah.
5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan
pihak hospital, dan menghubungi ibu bapa / penjaga terhadap kes-kes yang
kronik.
5.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu
murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan.
DASAR 6 : KEBAJIKAN MURID
6.1 Murid-murid yang menghadapi pelbagai
masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang
dibentuk di peringkat sekolah.
6.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu
kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada murid di
sekolah ini.
6.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat
peribadi murid yang bermasalah demi menjaga maruah murid tersebut.
MATLAMAT
STRATEGIK PENGURUSAN HAL-EHWAL MURID DAN SAHSIAH MURID SK KAMPUNG TANJONG TUANG
Kejayaan
cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah
menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah dan komitmen murid-muridnya.
Sehubungan dengan itu, pengurusan hal ehwal murid dan sahsiah murid sekolah
telah menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai.
Matlamat-matlamat tersebut ialah :-
1. Memastikan murid sekolah ini mempunyai
data maklumat peribadi yang lengkap dan kemaskini.
2. Memastikan murid sekolah ini sentiasa
mematuhi peraturan sekolah.
3. Memastikan murid di sekolah ini mendapat
layanan yang adil dan seimbang dari guru-guru.
4. Memastikan murid sekolah ini mengamalkan
‘Budaya Hidup Sihat’
5. Memastikan murid sekolah ini tidak terlibat
dangan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti berikut:-
·
Ponteng
sekolah
·
Merokok
·
Pergaduhan
·
Membuli
·
Kurang
ajar atau biadap
·
Merosakkan
harta benda sekolah / awam .
6. Memastikan murid sekolah ini yang
bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang
sewajarnya.
7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murni
melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
8. Memastikan murid sekolah ini sentiasa
menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda sekolah.
9. Menggalakkan murid sekolah ini sentiasa
berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah.
STRATEGI
PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL-EHWAL MURID DAN
SAHSIAH MURID
1. Sistem pendaftaran pelajar.
1.1 Sekolah melaksanakan Program Hari
Pendaftaran Murid Tahun 1.
1.2 Pendaftaran murid dijalankan secara
offline dan online dalam Sistem Pengkalan Data.
1.3 Ibubapa / penjaga murid menyerahkan borang
maklumat murid semasa hadir pada hari pendaftaran.
1.4 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada
hari pendaftaran adalah seperti berikut:-
·
Pendaftaran
kelas dangan menyerahkan borang maklumat murid.
·
Sumbangan
PIBG Tahunan
·
Pengagihan
buku teks.(Tahun 1)
·
Taklimat
sistem pentadbiran sekolah kepada ibu bapa atau penjaga.
·
Memasukkan
data murid ke dalam Buku Rekod Pendaftaran sekolah dan APDM sebelum akhir bulan Januari
2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.
2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan
Sekolah.
2.2 Semua pelajar dikehendaki memakai lencana
sekolah dan tanda nama.
2.3 Semua murid lelaki dikehendaki memakai tali leher.
2.4 Membuat perlantikan pengawas dari tahun 4, 5 dan 6.
2.5 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada
murid-murid yang sering melanggar peraturan.
3. Perlaksanaan Program-Program Kesihatan.
3.1 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya
waktu rehat secara berfaedah seperti berikut :-
·
Cukup
masa untuk membeli dan menjamu selera.
·
Berinteraksi
dengan kawan-kawan.
·
Bersedia
untuk sesi pembelajaran seterusnya.
·
Mendapatkan
maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber .
3.2 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :-
·
Pemeriksaan
mata
·
Pemeriksaan
gigi
·
Pemeriksaan
kuku dan rambut
·
Pemeriksaan
kesihatan dan kebersihan diri
3.3 Memastikan pengurusan persekitaran
sentiasa bersih.
·
Pekerja
swasta sentiasa memastikan persekitaran sekolah adalah bersih.
·
Guru
yang bertugas memantau murid semasa rehat..
Murid-murid menggunakan
masa rehat dengan baik.
·
Tong
– tong sampah disediakan mencukupi.
3.4 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan
melalui aktiviti berikut :-
·
Pertandingan
kebersihan dan keceriaan kelas.
·
Gotong-royong.
·
Mengutip
sampah dan masukkan ke dalam tong sampah secara spontan bila menjumpainya.
·
Tidak
membuang sampah merata-rata.
4. Mempertingkatkan Peranan Guru-guru.
4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang
adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan yang diambil.
4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep
‘Mendidik Bukan Menghukum’.
4.3 Semua guru perlu memainkan peranan
sebagai ‘GURU DISIPLIN’
5. Melaksanakan Sesi Kaunseling &
Motivasi.
5.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah
disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan kaunseling dan dibimbinga
melalui aktiviti berikut :-
·
Sesi
kaunseling individu
·
Sesi
kaunseling kelompok
·
Lawatan
khas guru kaunseling ke rumah
·
Kem
Jati Diri / Motivasi
6. Perlaksanaan modul-modul dalam Program
Sekolah Selamat.
6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari
keadaan kecemasan seperti kebakaran melaui Latihan Kawad Kecemasan.
6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pihak
tertentu berkaitan perkara berikut :-
·
Keselamatan
jalan raya
·
Pertolongan
Cemas
·
Penyalahgunaan
dadah.
7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.
7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti
luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti :-
·
Menyertai
pertandingan melukis dan mewarna.
·
Menyertai
rombongan atau lawatan sambil belajar.
·
Menyertai
pertandingan kokurikulum akademik.
·
Menyertai
pertandingan sukan dan permainan.
7.2 Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana
menguruskan masa dengan baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti :-
·
Pembacaan
di pusat sumber atau perpustakaan
·
Menghadiri
kelas tambahan atau tuisyen
·
Program
Bersama Waris
PROGRAM /
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN.
1. Pendaftaran Tahun 1 & Program Transisi
2. Program Pembudayaan Adab Pelajar
3. Program Peningkatan Sahsiah
4. Program
3K
5. Program Kesihatan
6. Program Anti Dadah
7. Program ‘Masih Ada Yang Sayang’
8. Pengisian buku daftar
9. Rekod murid - SMM & APDM
10. Rekod Salahlaku – SSDM
11. Sambutan Bulan Kemerdekaan
12. Program Guru Penyayang
13. Pogram Lawatan Sambil Belajar
14. PASCA UPSR*
15. Ujian Aptitud Psikometrik KSSR
16. Program Motivasi
17. Kursus Kepimpinan Pengawas
No comments:
Post a Comment