SEJARAH PEMBUKAAN
Sebelum SK Kg Tanjung Tuang ditubuhkan, kanak-kanak dari Kampung Tanjung Tuang bersekolah di SK Mata Parang (dahulunya dikenali Tanjung Parang District Council School), iaitu kira-kira 1 km dari Kampung Tanjung Tuang. Kedua-dua kampung ini dipisahkan oleh Sungai Samarahan.
Sebab-sebab Penubuhan Sekolah
Penubuhan SK Kg Tanjung Tuang atas beberapa sebab:
- Pihak ibubapa terpaksa bergilir untuk menghantar anak mereka dengan menggukan sampan/perahu kecil ke sekolah.
- Keselamatan anak-anak yang datang ke sekolah membimbangkan ibubapa.
- Murid-murid selalu ponteng dan kadangkala lewat hadir ke sekolah.
· Penduduk Kampung Tanjung Tuang lebih suka ditubuhkan sekolah di kampung sendiri memandangkan sekolah di Kampung Tanjung Parang telah berpindah. Sekolah tersebut dibina di tengah di antara Kampung Tanjung Parang dan Lubok Mata. Namanya juga bertukar menjadi SK Mata Parang sehingga kini.
· Penduduk Kampung Tanjung Tuang lebih suka ditubuhkan sekolah di kampung sendiri memandangkan sekolah di Kampung Tanjung Parang telah berpindah. Sekolah tersebut dibina di tengah di antara Kampung Tanjung Parang dan Lubok Mata. Namanya juga bertukar menjadi SK Mata Parang sehingga kini.
Penubuhan Sekolah
SK Kg Tanjung Tuang telah ditubuhkan pada 03.01.1978 sebuah bangunan sementara yang didirikan secara gotong-royong dan mempunyai sebuah kelas Darjah Satu dengan 22 orang murid dan seorang guru. Ke semua murid yang belajar di sekolah ini ialah terdiri daripada masyarakat melayu.
Pada akhir tahun 1978, SK Kg Tanjung Tuang diberi peruntukan oleh Kementerian Pendidikan sebanyak RM5,000.00 untuk menggantikan bangunan yang lama dan sementara. Bangunan baru yang didirikan secara gotong-royong ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak. YAB Datuk Patinggi Tan Sri Hají Abdul Taib Bin Mahmud (Menteri Pertahanan Ketika itu) pada 18.01.1979.
Pada tahun 1983, dengan semangat gotong-royong sebuah bangunan tambahan yang menempatkan seunit rumah guru dan perpustakaan didirikan. Bangunan ini dikenali sebagai (Wisma Pendidikan) di samping sebuah rumah guru yang berasingan utnuk menepatkan guru wanita (bujang) yang akan mengajar. Serentak dengan itu juga didirikan 3 pintu tandas curah di bahagian anjung bangunan asal sekolah. Tandas ini disediakan dengan tangki air untuk memudahkan murid-murid tanpa perlu menggunakan air sungai lagi.
Pada tahun 1984, 2 unit rumah guru (berkembar) didirikan lagi secara gotong-royong. Siapnya bangunan in, menjadikan 4 unit rumah guru terdapat di sekolah ini. Dengan adanya rumah guru, tidak menimbulkan masalah lagi kepada guru-guru yang tinggal berjauhan. Untuk tahun yang seterusnya, 2 unit rumah guru dan sebuah bangunan baru untuk menempatkan sebuah bilik darjah dan perpustakaan .
Menjelang dekad tahun 1990-an, sekolah ini maju setapak lagi. Pada akhir tahun 1989, sekolah telah dibekalkan dengan tenaga elektrik yang terus dari Perbadanan Pembekalkan letrik Sarawak (SESCO). Demikian juga jalan raya yang sempurna serta padang sekolah yang luas dan rata dibangunkan oleh pihak JKR negeri dengan kos sebanyak RM7,000.00.
Untuk keselesaan murid yang belajar dan guru yang mengajar banyak lagi projek pembangunan yang sedang dan akan diusahakan oleh guru besar, guru-guru mahupun ibubapa yang mahu melihat anak-anak mereka supaya menjadi insan yang berguna dan bertaqwa. Secara keseluruhannya, penubuhan sekolah ini adalah hasil usaha penduduk kampung secara sukarela berkhidmat demi kepentingan anak-anak mereka. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih di atas pengorbanan ibu bapa dan sikap yang terpuji diharapkan dapat dikekalkan pada masa yang akan datang.
No comments:
Post a Comment